Terma & Syarat

Flyers.my, diuruskan oleh Thrive Impact Resources (003550833-X), menyediakan perkhidmatan percetakan profesional untuk pelanggan kami. Sila baca dan fahami terma & syarat berikut sebelum membuat tempahan.

1. Pembayaran

  • Untuk tempahan penghantaran (delivery), pembayaran penuh diperlukan sebelum proses dimulakan.
  • Untuk tempahan ambil sendiri (self-collect), bayaran deposit minimum 60% diperlukan semasa pengesahan tempahan. Baki 40% perlu dijelaskan semasa pengambilan.
  • Semua pembayaran hendaklah dibuat melalui pemindahan bank ke akaun syarikat.

2. Proses Tempahan

  • Masa siap tempahan adalah 3–4 hari bekerja selepas pengesahan artwork dan penerimaan bayaran.
  • Artwork perlu disemak dan diluluskan oleh pelanggan. Sebarang kelewatan dalam pengesahan akan menyebabkan kelewatan pada proses tempahan.
  • Flyers.my tidak akan memulakan kerja cetakan sebelum menerima pengesahan akhir daripada pelanggan.

3. Kualiti Warna

  • Cetakan menggunakan sistem warna CMYK. Warna yang dipaparkan di skrin (RGB) mungkin berbeza daripada hasil cetakan sebenar.
  • Flyers.my tidak bertanggungjawab atas sebarang perbezaan warna akibat perbezaan tetapan skrin, peranti, atau jangkaan warna yang tidak dimaklumkan awal.

4. Fail & Format Fail

  • Flyers.my hanya menerima fail dalam format yang ditetapkan seperti PDF, AI, PSD, atau JPEG berkualiti tinggi.
  • Kami tidak bertanggungjawab atas kualiti cetakan jika fail yang dihantar tidak memenuhi spesifikasi teknikal yang diberikan (contohnya: resolusi rendah, ukuran salah, bleed tiada).

5. Minimum Order & Kuantiti

  • Minimum order bagi setiap produk adalah seperti yang dinyatakan dalam laman web. Sebarang tempahan kurang dari minimum tidak akan diproses.
  • Jumlah cetakan mungkin mempunyai perbezaan 5–10% dari kuantiti yang ditempah disebabkan faktor mesin. Dalam kes ini, caj tetap berdasarkan jumlah yang ditempah.

6. Hak Cipta & Kandungan

  • Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan artwork yang dihantar, termasuk hak cipta gambar, logo, dan teks.
  • Flyers.my berhak menolak tempahan yang mengandungi kandungan sensitif, menyalahi undang-undang, atau melanggar hak pihak ketiga.

7. Liabiliti Terhad

  • Flyers.my tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung atau kehilangan keuntungan akibat kelewatan tempahan atau masalah teknikal.
  • Ganti rugi maksimum yang ditawarkan (jika berlaku) adalah sebatas jumlah bayaran yang telah dibuat oleh pelanggan.

8. Polisi Pembatalan & Pemulangan

  • Setelah artwork disahkan dan pembayaran dibuat, tempahan tidak boleh dibatalkan atau dipulangkan.
  • Sebarang permintaan perubahan selepas pengesahan mungkin dikenakan caj tambahan, tertakluk pada peringkat proses tempahan.

9. Kerosakan & Penghantaran

  • Flyers.my akan memastikan setiap tempahan dibungkus dengan baik sebelum penghantaran.
  • Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan semasa penghantaran oleh pihak kurier.

10. Perubahan Harga & Promosi

  • Semua harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
  • Promosi atau diskaun tidak boleh digabungkan kecuali dinyatakan.

11. Perubahan Polisi

  • Flyers.my berhak untuk mengubah atau mengemaskini terma & syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Pelanggan digalakkan menyemak halaman ini secara berkala.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: Thrive Impact Resources (003550833-X) 10-1-3 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor Telefon: (+60) 103018141 E-mel: thriveimpactresources@gmail.com  

Info Page

Size Flyers

🎉 Free Delivery + Harga Murah + Semakan Percuma!

Dapatkan flyers berkualiti dengan harga terbaik. Kami hantar percuma ke Semenanjung Malaysia & semak artwork anda tanpa caj!

📲 Tempah Flyers Sekarang (WhatsApp)
✉ Email: thriveimpactresources@gmail.com
.
footer flyers

Contact Us

© 2025 THRIVE IMPACT RESOURCES (003550833-X)

footer flyers

Contact Us

© 2025 THRIVE IMPACT RESOURCES (003550833-X)

Tempah Flyers hari ini! Free Delivery ke Semenanjung Malaysia!

X